Photobucket
Thank you for coming

18 October 2011

Akhirnya habis jugak final exam nie.Penat betul nak kena perah otak sampai 3 minggu.Lepas exam kena pulak tunggu result.Fuh, cuak beb.Tahun depan kena belajar rajin-rajin,tak nak main-main lagi. Yela SPM an.Siapa tak nak masuk u.Nak sangaaaaaaaat. I hope so :) Dah terlanjur cerita pasal SPM, aku nak wish goodluck dekat semua calon-calon SPM terutama sekali sepupu aku tu.Jawab betul-betul ok.Kalau dah ada usaha,InsyaAllah boleh.Shirah kata kan lepas dia habis je SPM, dia nak belanja aku.Macam tak percaya je wei. Jarang sekali dia bermurah hati nak keluarkan duit dia untuk aku.Baik bermakna atau sebaliknya, itu aku tak tahu.hahaha.tapi TERHARU.Cepatlah kau habis SPM tu, boleh kau bawak aku jalan2 nanti.



Goodluck syg.Buktikan kau boleh.Walaupun kau banyak sangat sakitkan hati aku,aku doakan kau. Iloveu :)


Kalau rindu aku, msg je tau.haha macam tak ada kena mengena je -.-


Hari sabtu lepas birthday adik sepupu aku.So aku nak wish lah dekat my little cousin nie.Apa guna ada blog kan.Adik wani,selamat hari jadi tau yang ke 14.Tahun depan PMR,kita sama-sama fokus ok.Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Amin :)  Hari tu pergi rumah dia,nak bagi hadiah kan.hihi.Mak long aku masak banyak,syok gila.



                          Itu dia.Happy sweet 14teen dik. *gambar nie masa hari raya pertama.

Dan sekarang aku nak cerita pasal konvo.Ahd pergi Putrajaya sebab konvo tu dekat PICC.Lama betul nak tunggu kak ten aku keluar, kena tunggu macam dia artis pulak.Dah lah ramai orang,hmm!Yang aku suka kan, pakwe dia datang tengok sekali.Sweetnyaaaaa dia bagi kak ten aku bunga.Dah lah hensem wei.Tak sempat lah nak amik gambar,haihhh



 






10 October 2011

im back


                                                    i'm back, babes :)


Lama tak update blog.Setelah sekian lama aku perapkan blog nie,wuu.Sebelum tu,walaupun raya dah lama berlalu so aku nak wish SELAMAT HARI RAYA.Maaf ok kalau ada yang terasa hati dengan aku :( Lepas je raya,banyak benda berlaku.Hmmm mungkin dugaan.Walaupun pahit aku telan cepat-cepat supaya rasa tu akan hilang dengan kadar yang segera -.- Orang-orang yang terdekat je tahu masalah aku termasuk lah masalah keluarga.Terima kasih kepada mereka sebab dah bagi sokongan dekat kita orang.Walaupun benda nie tak berlaku dekat aku,aku pun terkena tempias.Mesti tertanya-tanya masalah apa yang aku sekeluarga lalui an.Macam aku cakapkan tadi,orang-orang yang terdekat je yang tahu.Blog memang tempat untuk luahkan perasaan tapi kena ada batasnya.

Abang-abang aku dah masuk balik universiti lepas raya hari tu.Sekejap je dapat raya bersama :( Memang terasa lah sunyi rumah nie.Apa taknya, mak ayah aku pun buat hal masing-masing jugak.They didn't text me.Sentap brader.Aku hari-hari tengok bilik korg tahu tak.Rindu tapi tak suka dia orang balik rumah sebab aku rasa tercabar mak ayah aku macam tak layan aku lagi.Macam KEL kan?hahaha.

Ok sambung balik.Aku dengan si dia dah tak ada apa-apa lagi.Fuh sedih tak sedih lah kan,nak buat macam mana lagi.Ramai tertanya-tanya kenapa, kenapa dan kenapa.Kau ingat aku berbesar hati nak cerita dekat blog nie,haha jangan harap.Kalau memang dia sukakan yang jenis-jenis macam tu,go ahead dear.Ehem-ehem ada sikit nota untuk dia (<3) : take care of yourself okay?Kalau selama nie aku banyak bebankan kau,aku betul-betul minta maaf.Mungkin kau lebih lebih bahagia lepas nie kan.Aku tahun depan SPM,jadi aku tak suka nak bermusuh-musuh nie.Tak tenang aku nak jawab soalan kalau ramai yang bencikan aku nanti,huuu.But surely,i will miss u :)

Dan sekarang aku tengah final exam.Macam tak ada penghujung tahu tak exam nie.Lama sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat!Haa ambik kau.Kan best kalau satu bulan ada satu je exam.Memang aku dapat tumpukan perhatian lebih lah.Harap-harap jabatan pelajaran terbaca pulak blog aku nie mungkin dapat dipertimbangkan,haha.


                                   
                             comelkan? see,ada nama aku.kau ada?tak ada kan.

Please take a note : i miss my superhero.

12 July 2011

sukan sekolah TBSS 2011

First time kot aku masuk acara sukan tahun nie. Macam tak percaya pulak., hahaaa. Sebenarnya aku letak nama pon bukannya nak sangat tapi dipakse. Cikgu Mazani bagi warning, "kalau siapa nama dia takde masuk apa-apa acara, sy masukkn mana-mana je" lebih kurang macam tulah ayat eh.

Aku dengan Aziela sama rumah sukan, so senang lah. Kiteorg masuk lempar cakera dengan jalan kaki 5 000m. Acara lempar cakera tu aku memang tak nak masuk, tapi dak Ziela beriya-iya pulak. Guest what? Aku dapat no4 dol, fufufu! Aziela no3. Masing-masing tak percaya aku dapat no4, padahal dorang tak tahu cakera tu tak berat mana pon.

Besok jalan kaki 5 000m, fuuhh! Tak segan lak aku kan kalau cikgu yang bertugas esok too strict kena ikut peraturan untuk jalan kaki nie. Dengan gaya bontot lentok nyaa tu, hahaha kelakar nak mampos!
Budak-budak nie cakap, kalau 5 000 kena 16 kali pusingan padang. Mak aii, nak bawak botol air yang gantung kat leher lah macam nie hooooo. Tapi acara nie kan, kira 2 in1 ah sebab nya sambil jalan sambil gossip bro.

Rasa tak sabar pulak nak tunggu besok pagi kan, hehe. Padahal dah kecut perut dah nie. Doa-doakan aku ok? Walaupun sesaja nak masuk, tapi dalam hati tetap nak menang jugak wei. Siapa tak nak menangkan, gilo ah kalau ada orang macam tu.